Slider

Pengenalan PAnTUMN2019 (ke-3)

Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 (PAnTUMN2019)ke-3 dirancang untuk kali ketiga ini menjurus kepada peranan dan penglibatan para ulama dalam mendepani isu-isu globalisasi dan cabaran semasa kontemporari di seluruh dunia Nusantara.

Justeru, PPT & KUISCELL, KUIS dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 (PAnTUMN2019)ke-3. Seminar ini juga merupakan seminar lanjutan daripada Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2015 (PAnTUMN2015)ke-1 dan Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2017 (PAnTUMN2017)ke-2 bertempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.


 TEMA SEMINAR

"Legasi, harapan dan cabaran ulama-ulama dalam mendepani arus globalisasi di rantau Nusantara."


SUB-TEMA PERSIDANGAN

  1. Institusi Islam
  2. Pembangunan ekonomi
  3. Pendidikan
  4. Ilmu wahyu dan falsafah pemikiran
  5. Kenegaraan  dan kepimpinan
  6. Pengurusan dan pentadbiran
  7. Sosiologi dan nilai-nilai sejagat
  8. Ilmu bahasa
  9. Media baharu dan teknologi maklumat
  10. Perbankan Islam dan muamalat

Tarikh Penting

Penghantaran Abstrak (Akhir)
30 Ogos 2019
Penghantaran Kertas Kerja (Akhir)
30 September 2019
Program PAnTUMN2019ke-3
22 Oktober 2019

 

Klik pada imej untuk muat turun Poster PAnTUMN2019