PENGENALAN

Cabaran global dalam pendidikan universal masa kini semakin menekankan kepada pendidikan berkualiti dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan semasa. Namun penekanan kepada pendekatan berkualiti dan standad pendidikan yang tinggi tidak boleh mengenepikan aspek-aspek emosi rohani dan nilai kerana senario masa kini mempamerkan isu emosi dan akhlak pelajar yang semakin meruncing berbanding dengan pencapaian kemajuan teknologi dan inovasi. Pendidikan di seluruh dunia khususnya di institusi Islam perlu menyemak kembali kurikulum dan keperluannya supaya menekankan dan memperkasakan konsep pendidikan berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Konsep tarbiyah Islamiyah yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan pendekatan pendidikan Rasulullah SAW sendiri sehingga berjaya melahirkan generasi rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud:

Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali ‘Imran: 110)

Pendidikan berintegrasi melalui pendekatan abad ke 21 perlu ditekankan bagi melahirkan generasi muslim dan mukmin yang terpelajar, terdidik, berakhlak dan bertaqwa serta mempunyai kesedaran diri sebagai hamba dan khalifah di bumi.

4th International Seminar on Tarbiyah (ISoT 2018) ini diharapkan mampu menjadi platform yang bermanfaat bagi para ilmuan, penyelidik dan warga pendidik bagi memastikan masa depan generasi muda Islam yang berilmu dan berketrampilan dimasa akan datang untuk berbakti kepada bangsa, agama dan negara.


OBJEKTIF

  1. Memberi ruang kepada penyelidik dan para ilmuan berkongsi pengalaman berkaitan tarbiyah dalam Islam, serta pendidikan umum dan universal.
  2. Membentangkan hasil penyelidikan berkaitan pendidikan dalam Islam dan pendidikan universal.
  3. Membincangkan hasil-hasil serta isu-isu pendidikan semasa dalam pelbagai bidang.
  4. Mengemukakan idea atau cadangan daripada hasil penyelidikan yang diperolehi kepada pihak-pihak yang berkepentingan bagi tujuan menambahbaik sistem, metodologi atau kurikulum pendidikan.

TEMA

Memperkasakan Pendidikan dan Penyelidikan Pendidikan melalui Kepelbagaian Sosio-Budaya

Empowering Education and Education Research through Socio-Cultural Diversity


ANJURAN

DENGAN KERJASAMA