Bahasa Melayu | English|العربية
MENGENAI KAMI

PENGENALAN

IRSYAD 2018 (4th International Conference On Islamiyyat Studies 2018 ) yang dahulunya dikenali sabagai International Seminar on Aqidah, Syariah and Dakwah merupakan siri persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI). Kesinambungan persidangan antarabangsa ini diteruskan supaya dapat membantu meningkatkan pembangunan penyelidikan dan persidangan dalam kalangan para akademik serta dapat berkongsi dapatan penyelidikan di peringkat antarabangsa. Pengajian Islam, Syariah, Perundangan Islam, Dakwah, Usuluddin, Al-Quran & Al-Sunnah, Tahfiz & Qiraat dan Bahasa Arab merupakan elemen yang sangat penting dalam pembangunan masyarakat Islam.

Kesemua disiplin pengajian Islam ini saling berkait antara satu sama lain. Peranannya perlu dilihat secara syumul dan bersepadu khususnya dalam hubungan langsung atau tidak langsung dengan pembangunan masyarakat. Usuluddin merupakan tunjang utama jatidiri seorang muslim. Manakala Dakwah melengkapkan peranan sebagai seorang khalifah di muka bumi. Syariah dan Perundangan Islam pula menjadi pengimbang dan pengukur kepada amalan seseorang agar diterima dan diredai oleh Allah SWT. Sementara itu, Quran & Sunnah merupakan pegangan kehidupan yang memandu manusia mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Manakala Bahasa Arab pula merupakan alat untuk memahami kesemua disiplin pengajian Islam ini.

Justeru, kesepaduan fungsi antara kesemua disiplin pengajian Islam ini menjadi titik penting ke arah mewujudkan jalinan hubungan dan kerjasama mantap bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang mentauhidkan Allah, menyebarkan risalah Islam dan menjaga maslahah ummah agar sentiasa berada dalam landasan yang benar dan diredhai Allah. Menyedari kepentingan kesemua komponen penting ini dalam pembangunan masyarakat dan negara, FPPI mengambil inisiatif menganjurkan 4th International Conference on Islamiyyat Studies (IRSYAD 2018). Persidangan ini bakal menjadi wadah perbahasan, pembentangan, perkongsian ilmu berkaitan Syariah, Perundangan Islam, Dakwah, Usuluddin, Quran & Sunnah, Tahfiz & Qiraat dan Bahasa Arab sama ada dari segi teori mahupun praktikal. Persidangan ini turut memberikan fokus kepada kajian dan penyelidikan berkaitan pengajian Islam merangkumi semua bidang-bidang ilmiah dan isu-isu semasa yang berkaitan.

OBJEKTIF PERSIDANGAN

Penganjuran persidangan antarabangsa ini akan mencapai objektif berikut:

Memperkasakan pengajian Islam dalam pembangunan ummah di peringat tempatan dan antarabangsa
Mengenalpasti isu-isu yang berkaitan pengajian Islam secara teori dan praktikal.
Mengemukakan solusi terhadap isu-isu yang berkaitan pengajian Islam.
Menyediakan individu yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran-cabaran semasa berkaitan dengan pengajian Islam.

TEMA PERSIDANGAN

"Memartabatkan Pengajian Islam Ke Arah Globalisasi"

MEDIUM PERANTARA

Persidangan antarabangsa ini akan menggunakan tiga (3) medium perantara, iaitu : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

HARI DAN TARIKH SEMINAR

Selasa dan Rabu, 18-19 September 2018


LOKASI PERSIDANGAN

Hotel Tenera, Bangi, Malaysia
email hoteltenera.kpf@felda.net.my web http://www.tenerahotel.com.my/