LATAR BELAKANG

Tatkala dunia dilanda pandemik Covid-19, bencana alam pula tidak pernah berhenti saban waktu, banjir, peningkatan suhu dunia, kepupusan sumber makanan seperti hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan adalah antara malapetaka yang menimpa umat manusia seluruhnya.

Masalah yang menimpa umat manusia ini cuba disorot dengan menggunakan kaca mata Islam khususnya bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah yang menjadi pegangan umat Islam.

Mengambil kira masalah yang menimpa umat manusia sementelah sumber Al-Quran dan Al-Sunnah yang dimiliki umat Islam, pihak INHAD merasa bertanggungjawab mengadakan seminar dengan tema “Kelestarian Alam Berteraskan Aqidah Islamiyah Dan Hadis Nabawi” sebagai satu platform perbincangan yang mampu membuka jalan ke arah mengatasi masalah yang membelenggu umat manusia pada masakini.

OBJEKTIF

a.  Memperkasakan pengetahuan tentang manhaj akidah ahli Sunnah wa al-Jamaah dalam menguruskan kelestarian alam.

b. Membincangkan isu-isu kelestarian alam terutama dari segi kemakmuran, kesejahteraan, kualiti alam sekitar, warisan budaya, pengurusan dan tanggungjawab komuniti dari perspektif Al-Quran dan Sunnah.

c.  Merungkai permasalahan alam dan menangani isu-isu yang timbul bagi membina kemakmuran dan kesejahteraan ummah.